Akhbar Pertama Asia Tenggara Terbit di Malaysia

Tahukah anda bahawa akhbar pertama di Asia Tenggara diterbitkan di Malaysia?

Lebih 200 tahun yang lalu, akhbar Prince of Wales Island Gazette pertama kali diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1806.

Akhbar pertama di Asia Tenggara
Prince of Wales Island Gazette

Pada waktu ini, Pulau Pinang berada dalam jajahan British.  

Akhbar pertama, Prince of Wales Island Gazette

Prince of Wales Island Gazette dimiliki oleh seorang peniaga dari India bernama Andrew Burchet Bone. Di India, Bone memiliki bisnes percetakan di Madras, dan beliau berhijrah ke Tanah Melayu dengan membawa bisnes dan mesin percetakan beliau. Bisnes akhbar bukan satu bisnes baru Bone. Sewaktu di India, Bone menerbitkan dua buah akhbar: The Hircarrah dan Madras Gazette.

Sebelum Prince of Wales Island Gazette, akhbar tersebut diberi nama The Government Gazette.

Pulau Pinang adalah negeri terawal di Tanah Melayu (malah, di Asia Tenggara) yang dimiliki oleh British. Asalnya dimiliki kerajaan Kedah, Pulau Pinang diserahkan kepada British oleh Sultan Kedah, Sultan Abdullah Muhammad Mukarram Shah sebagai pertukaran kepada perlindungan daripada ancaman Siam dan Burma pada masa tersebut.

Pada tahun 1786, setelah secara rasmi memiliki Pulau Pinang, wakil British, Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island. Nama Prince of Wales Island digunakan sehingga 1867.

Francis Light meninggal lapan tahun selepas (1796) itu akibat demam malaria dan dikuburkan di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

Antara lain, Prince of Wales Island Gazette memaparkan kandungan berkaitan dengan maklumat pegawai-pegawai baru yang diutus kerajaan British ke Pulau Pinang, titah-titah kerajaan, acara-acara penting dan notis mahkamah.  

Prince of Wales Island Gazette bertahan selama dua dekad. Penerbitan akhbar ini tamat pada tahun 1830.

Layari laman utama PublishingState.com untuk banyak lagi artikel menarik untuk anda.

Leave a comment