Mari uji diri anda dalam Kuiz Penerbitan Siri 1 ini.

Kuiz Penerbitan

Sejauh manakah pengetahuan dan pendedahan anda dalam bidang penerbitan?

Dalam kuiz ini, ada sejumlah 15 soalan. Anggaran masa untuk melengkapkan kuiz adalah 5-7 minit. Soalan-soalan adalah berkenaan penerbitan secara am termasuklah buku, penerbitan ilmiah, sastera dan novel, indie serta penerbitan secara umum.

Beberapa tip dan panduan untuk anda:

  1. Masa 5-7 minit hanya anggaran sahaja. Tiada masa yang dihadkan. Ambillah masa yang sesuai dengan keselesaan anda. Untuk maklumat yang kita tidak tahu, memang kita tidak boleh jawab. Itu hakikat.
  2. Boleh tanya Encik Google ke? Ini bukan soalan peperiksaan. Lebih kepada latihan kendiri. Jadi, terpulanglah kepada individu jika dirasakan perlu bantuan seperti enjin carian atau kawan-kawan.
  3. Ada beberapa soalan yang bersifat agak khusus atau spesifik. Jangan kecewa apabila dirasakan soalan ini tidak kena dengan anda. Yang penting, belajar ilmu dan pendedahan baru. Elakkan daripada fokus untuk mendapat 100% betul. Anda mungkin kecewa. Kebarangkaliannya agak rendah 😉.
  4. Jawapan betul akan diberikan pada setiap soalan (selepas anda menjawab), dan jumlah markah akhir diberi setelah kesemua 15 soalan dijawab.

Pengkelasan markah:

  • 13-15: A+
  • 9-12: A
  • 5-8: B
  • 0-4: C

Selamat berjaya!