Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018, pesta buku terbesar di Malaysia, akan bermula pada 27 April dan berakhir 6 Mei 2018.

PBAKL 2018 akan diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.

Sebagai satu agenda mempromosikan pesta buku ini, satu pertandingan mereka poster telah dianjurkan yang boleh disertai oleh semua warganegara Malaysia.

Pemenang utama (satu pemenang) akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, manakala sembilan lagi peserta akan membawa pulang hadiah penghargaan sebanyak RM200 setiap seorang.

Setiap penyertaan dikenakan sebanyak RM5 untuk orang awam, dan RM3 untuk setiap pelajar.

Peserta diberikan kebebasan untuk menonjolkan kreativiti dalam rekaan poster masing-masing, sama ada menggunakan teknik typografi, fotografi, mahupun ilustrasi (digital atau lukisan tangan). Hasil karya akhir yang perlu dihantar adalah dalam bentuk PDF, dan diemelkan kepada: mclive2017@gmail.com.

Selain itu, setiap peserta harus memasukkan beberapa item wajib dalam poster yang dihasilkan. Ini termasuklah: logo rasmi, laman sesawang, tema/slogan, tarikh acara, tempat (PWTC), waktu, maklumat penganjur dan badan yang bekerjasama dengan penganjur.

Untuk maklumat lengkap, lawati URL rasmi pertandingan di sini.

Tarikh tutup penyertaan adalah 25 November 2017.