Pesta Buku Big Bad Wolf akan kembali musim cuti sekolah ini. Big Bad Wolf akan bermula pada 8 Disember 2017 dan berakhir 18 Disember 2017, dan akan berlangsung di The Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

MIECC berkembar dengan pasar raya The Mines. Ia juga bersebelahan dengan hotel Philea Mines Beach Resort.

Seperti juga sejak beberapa siri pesta buku Big Bad Wolf yang lepas, acara kali ini akan berlangsung selama 24 jam tanpa henti. Bermakna, pembeli akan mendapat akses kepada pengalaman pembelian selama lebih 250 jam.

Jadi, pilihlah waktu yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Untuk mereka yang tidak selesa dengan waktu peak hours, waktu-waktu rare seperti awal pagi atau sebelum subuh mungkin akan menjadi pilihan.

Menariknya lagi, kali ini pesta buku Big Bad Wolf 2017 akan menawarkan lebih 4 juta buku untuk pilihan, termasuklah judul-judul berbahasa Inggeris, bahasa Melayu dan juga bahasa Cina. Jadi ini boleh dikatakan acara Big Bad Wolf terbesar setakat ini.

Diskaun sehingga 95% akan disajikan kepada peminat buku pelbagai genre.

Big Bad Wolf adalah milik BookXcess yang diusahakan usahawan muda Andrew Yap dan isterinya Jacqueline Ng. Pada kali pertama Big Bad Wolf yang diadakan pada tahun 2009 di Petaling Jaya, sebanyak 120,000 judul ditawarkan.

Sejak itu, pesta buku Big Bad Wolf mula menempa nama dan digeruni penggiat industri perbukuan di Malaysia. Andrew bercita-cita besar untuk mengembangkan bisnes Big Bad Wolf ini sehingga mencecah nilai berbillion ringgit.

Jadi, jangan lupa untuk booking jadual anda untuk acara ini, ye!

ACARA: Pesta Buku Big Bad Wolf

TARIKH: 8-18 Disember 2017  

TEMPAT: The Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor