Jika anda struggle untuk belajar bahasa Arab, mungkin designer ini boleh membantu anda. Atau sekurang-kurangnya menginspirasikan anda.

Mahmoud Tammam ialah seorang pereka grafik dari Alexandria, Egypt.

Dalam salah satu projeknya, yang digambarkan pereka ini sebagai “an experimental illustration/typography project transforming Arabic words into the shape of their meanings,” Mahmoud telah mengubahsuai perkataan-perkataan Arab kepada ilustrasi visual dan kaligrafi yang memberi maksud kepada istilah tersebut.

Buat masa ini, ilustrasi yang dihasilkannya tertumpu kepada objek-objek harian dalam hidup seperti binatang, buah-buahan dan pengangkutan. Contohnya kucing, basikal, burung hantu, tembikai, kopi, musang, dan sebagainya.

 

Kucing

Basikal

Mahkota

Kopi

Ikan paus

Itik

Tembikai

Sehingga kini, Mahmoud telah mengubah lebih daripada 30 perkataan kepada objek visual.

Menarik, bukan?

Mungkin akan ada penerbit berani yang berminat untuk menerbitkan karya-karya ini ke dalam bentuk buku animasi.

[Imej-imej kredit Mahmoud Tammam @ Behance]