Dan Pemenang Anugerah CREAM 2017 Adalah …

Jurnal-jurnal pemenang Anugerah CREAM 2017 telahpun diumumkan pada majlis penganugerahan yang berlangsung pada 5 Oktober 2017 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh. Apakah Anugerah CREAM? Anugerah Current Research in Malaysia (CREAM) adalah pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kepada jurnal-jurnal akademik yang […]

Pesta Buku Frankfurt 2017

Pesta Buku Frankfurt 2017 (Frankfurt Book Fair 2017) akan berlangsung pada 11-15 Oktober 2017 bertempat di Messe Frankfurt (Pusat Dagang Frankfurt), Jerman. Pesta Buku Frankfurt adalah pesta dagang terbesar bidang bidang penerbitan, diukur daripada sudut penyertaan dan jumlah pengunjung. Acara ini mengumpulkan lebih 7,000 pempamer dari lebih 100 negara, dan dilawati lebih suku juta pelawat […]

Bagaimana Nelson Mandela Menulis Autobiografi di Penjara, Menyeludup Keluar dan Akhirnya Menerbitkannya?

Nelson Mandela dan Anti-Apartheid Nelson Mandela ialah antara pejuang kemanusiaan yang paling dihormati. Mandela dikenali dengan gerakan yang akhirnya menguburkan Apartheid, sebuah dasar yang mendiskriminasikan antara bangsa kulit putih dengan hitam di Afrika Selatan. Meskipun berjaya akhirnya, Mandela terpaksa membayar perjuangannya dengan harga yang mahal. Penglibatan dan pengaruh besarnya dalam African National Congress yang memperjuangkan […]

Pesta Buku Indonesia 2017: Apakah Kepentingannya Kepada Industri Penerbitan Malaysia?

Dua hari lagi, Pesta Buku Indonesia 2017 atau Indonesia International Book Fair 2017 (IIBF 2017) akan bermula. Berlangsung di Jakarta Convention Center, Pesta buku ini akan diadakan selama 5 hari, bermula pada 6 September dan berakhir pada 10 September 2017. Pesta Buku Indonesia dianjurkan oleh Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI), sebuah persatuan besar yang menghimpunkan penerbit-penerbit […]

MyCyberSale 2017, 9-13 October 2017

Ready for MyCyberSale 2017? MyCyberSale 2017, the fourth event in the mega cyber sale series will be coming up in Malaysia soon. This year, the  event, dubbed as the country’s biggest online sale, will be held between 9 and 13 October 2017.   With the inaugural event held successfully in 2014, the MyCyberSale has entered […]

Pesta Buku Borneo 2017, 11-15 Oktober, Kuching, Sarawak

Pesta Buku Borneo 2017 akan berlangsung selama lima hari di Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak pada 11-15 Oktober 2017. Plaza Merdeka terletak tidak jauh dari Kuching Waterfront, kawasan tarikan pelancong yang popular di ibu kota Sarawak. Antara penerbit yang bakal turut serta dalam pesta buku ini adalah Penerbit Universiti Malaysia Sarawak (juga penganjur), Universiti Malaya, Universiti […]

Anda Seorang Pereka Ilustrasi? Sertailah ASEAN Illustration Contest di ICCRF Thailand

Pada 6-9 Disember 2017, akan berlangsung pesta dagang International Children’s Content Rights Fair (ICCRF) yang akan diadakan di Chiang Mai, Thailand.   Acara ini akan berlangsung di Chiang Mai International Exhibition and Convention Centre (CMECC), salah satu pusat konvensyen terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 60 ribu meter persegi. ASEAN Illustration Contest ASEAN Illustration Contest dianjurkan […]

Apakah Masa Depan Audiobook di Malaysia?

Apakah Itu Audiobook? Audiobook (atau “buku bercakap.” Adoi.) adalah penerbitan berbentuk audio untuk didengari melalui perantaraan seperti komputer, peranti mudah alih, kenderaan dan sebagainya. Audiobook dibacakan oleh narrator, sama ada pengkarya itu sendiri atau orang lain. Sesetengah audiobook juga datang dengan muzik latar. Contohnya, siri audiobook X-Files datang dengan original soundtrack yang dikenali ramai. Audiobook […]

3 Sebab Kenapa Manuskrip Ditolak Penerbit

Manuskrip ditolak penerbit adalah senario biasa dalam dunia penerbitan. Tidak kiralah apa yang nak diterbitkan: buku agama, novel, buku akademik, makalah jurnal dan lain-lain.    Ada penerbit yang menolak sehingga 90% daripada manuskrip. Bunyi macam kejam, tetapi itulah hakikatnya. Apa perasaan bila manuskrip ditolak? Mestilah sedih. Kan. Kenapa Manuskrip ditolak? Ada sebabnya kenapa manuskrip ditolak. […]

Buku Perpustakaan Ini Dipulang Selepas 38 Tahun Overdue

Baru-baru ini, seorang lelaki tua misteri dengan selamba berjalan masuk ke Tompkins Square Library di New York untuk memulangkan buku perpustakaan itu yang telah lama tamat tempoh pinjamannya. Berapa lamakah overdue? 38 tahun. Atau lebih tepat lagi tarikh akhir pemulangannya adalah 16 June 1979 (kemungkinan untuk anda yang membaca ini belum lahir agak tinggi). Kerani […]